MEMPERKENALKAN BUAT JULUNG KALINYA

Pameran Inovasi dan Teknologi Keusahawanan Desa (INOTEKDESA) merupakan cetusan idea dari YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jun 2018. INOTEKDESA diilhamkan dan diperkenalkan dengan objektif untuk melahirkan, mendidik serta membentuk para usahawan luar bandar yang baru dan sedia ada agar menjadi lebih kreatif dan inovatif, berdaya saing seiring dengan visi kementerian dan negara amnya bagi memajukan sektor ekonomi di kawasan luar bandar.

Pertama kali seumpamanya dianjurkan pada tahun ini, INOTEKDESA bakal disertai oleh hampir 400 usahawan luar bandar dari seluruh negara. Kesemua usahawan ini terdiri daripada 9 kluster perniagaan iaitu makanan dan minuman, pertanian, gaya hidup, kesejahteraan, pembinaan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), teknologi tinggi serta perkhidmatan dan automotif.

Berkonsepkan tiga elemen utama iaitu Keusahawanan, Teknologi dan Inovasi, INOTEKDESA dilihat bakal menjadi platform penting bagi memperkenalkan serta mengetengahkan inovasi, teknologi , pengaplikasian terkini serta model baharu perniagaan bagi melahirkan usahawan luar bandar yang lebih inovatif, progresif, berdaya saing, produktif sejajar dengan landskap ekonomi luar bandar.dan seterusnya melonjakkan perniagaan desa keperingkat global.

INOTEKDESA juga dilihat sebagai medium penhubung yang bukan sahaja menghimpunkan produk dan perniagaan luar bandar, aktiviti perluasan rangkaian malah juga peluang jaringan perniagaan dan industri penghubung (industry meet-up) bagi usahawan-usahawan luar bandar terbesar di negara ini. Peluang sebegini pastinya amat bermanfaat kepada bisnes-bisnes profesional yang berminat mencari peluang perniagaaan bersama usahawan-usahawan luar bandar dan menjadikan INOTEKDESA sebagai sumber perluasan rangkaian perniagaan.

Ini sejajar dengan aspirasi INOTEKDESA yang mampu menjana peluang pekerjaan dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara melalui usaha niaga yang inovatif. Dengan adanya usaha seperti INOTEKDESA, ia menjadi pencetus ke arah melahirkan usahawan luar bandar yang berjaya dalam setiap aspek.

JANGAN KETINGGALAN! TEMPAH BOOTH ANDA SEKARANG DAN JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA INOTEKDESA, PINTU GERBANG ANDA UNTUK MELONJAKKAN POTENSI DAN MENEMBUSI PASARAN GLOBAL! Untuk informasi lebih lanjut tentang INOTEKDESA, layari https://inotekdesa.rurallink.gov.my




Kit Penajaan
(Bahasa Melayu)
Kit Penajaan
(Bahasa Inggeris)
Borang Penajaan




APA YANG ISTIMEWA DI INOTEKDESA?

INOTEKDESA BAKAL DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA
Dengan status INOTEKDESA sebagai salah satu acara terbesar di Malaysia pada tahun 2018, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri akan turun padang bagi merasmikan karnival yang dianjurkan buat julung kali ini.

MENGHIMPUNKAN KESEMUA PEMBEKAL MESIN PENGELUARAN DENGAN TEKNOLOGI TERKINI SERTA PRODUK USAHAWAN LUAR BANDAR DI BAWAH SATU BUMBUNG
INOTEKDESA adalah tempat di mana anda boleh melihat, mengkaji-selidik seta melengkapkan pengetahuan tentang mesin mesin pengeluaran, cara pengaplikasian inovasi terkini bagi melancarkan produk-produk baru, mempertingkatkan kebolehan daya saing perniagaan malah sebagai satu hub untuk berhubung secara terus dengan pembekal dan pengguna dalam mendapatkan maklumat serta maklumbalas daripada mereka. Ini akan mencetuskan semangat daya saing yang sihat, kompetatif serta idea-idea bernas untuk memantapkan lagi produk anda ketahap seterusnya.

MENJADI LOKASI PUSAT SEHENTI UNTUK MENDAPATKAN KEPERLUAN DAN INFORMASI YANG DIINGINKAN
INOTEKDESA mengumpulkan hampir 200 usahawan luar bandar dari pelbagai kluster dan industri yang tersendiri. Sememangnya acara ini akan menjadi tumpuan para pengunjung untuk mendapatkan keperluan di samping meluangkan masa bersama seisi keluarga.

PENAMPILAN ISTIMEWA ARTIS-ARTIS TERKEMUKA BERSERTA USAHAWAN TERKENAL
Bukan sekadar karnival semata-mata, anda juga dapat berhibur dengan menikmati persembahan oleh selebriti-selebriti popular dan bergambar bersama-sama mereka.



KENAPA ANDA PERLU SERTAI ?

PLATFORM TINJAU, PENDEDAHAN DAN PEMBELAJARAN

INOTEKDESA dilihat sebagai satu platform untuk meninjau, melihat serta pendedahan bagi mempelajari tentang inovasi dan teknologi dalam evolusi lanskap ekonomi desa, bagi memantapkan produktiviti produk anda ke tahap 2 ke 5 kali ganda serta membawa bisnes anda ketahap yang lebih kompetitif. Anda juga akan dapat mempelajari kaedah-kaedah terkini yang boleh diguna pakai melalui perkongsian idea bersama usahawan-usahawan lain dalam perspektif persaingan yang sihat.

PRODUK DAN PERNIAGAAN ANDA MENJADI SEMAKIN BERKEMBANG DAN DIKENALI RAMAI

Peluang untuk memperkasakan perniagaan dan meningkatkan produktiviti dengan pengaplikasian inovasi dan teknologi terkini dan melonjakkan status perniagaan ke tahap yang lebih kompetitif. Booth anda akan sentiasa dibanjiri pengunjung dari seluruh negara sepanjang empat hari acara ini berlangsung. Produk-produk yang anda pamerkan akan sentiasa menjadi tatapan pengunjung dan secara tidak langsung, mereka akan turut mempromosikan produk anda kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mereka di tempat lain.

HAB BAGI BANTUAN DAN KHIDMAT NASIHAT

Acara ini merupakan hab pertemuan diantara para usahawan desa, peniaga dan pengeluar keusahawanan desa sebagai pusat setempat untuk pendedahan tentang keperluan, pengaplikasian inovasi serta teknologi juga khidmat nasihat.

DIBANJIRI PENGUNJUNG SERAMAI 50,000 – 100,000 ORANG

Kunci kepada produk yang berjaya adalah sejauh mana ia mendapat permintaan dari pengguna. Dengan kehadiran pengunjung mencecah 50,000 – 100,000 orang, anda berpeluang untuk lebih memahami kekuatan produk anda dan potensinya untuk menembusi pasaran yang lebih tinggi.

PELUANG MENJALINKAN RANGKAIAN KERJASAMA DENGAN PELBAGAI AGENSI DAN BISNES PROFESIONAL

Untuk bergerak lebih maju kehadapan, para usahawan memerlukan jaringan kerjasama yang mantap dengan bisnes-bisnes professional yang lain. Sehubungan itu, INOTEKDESA yang bakal disertai oleh hampir 200 usahawan dari seluruh negara dapat memberikan satu platform berharga kepada anda untuk membina jaringan yang boleh membantu mengembangkan lagi bisnes anda.



PAKEJ PENAJAAN BAGI “PAMERAN INOVASI & TEKNOLOGI KEUSAHAWANAN DESA